-->

Terkini

Jawatan Kosong at Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang berhasrat menjadi peneraju &role model kepada latihan kemahiran negara
terunggul yang bertaraf dunia memerlukan warga kerja yang berilmu,berkeyakinan, inovatif dan kreatif, berdaya saing serta memiliki minda kelas pertama untuk menerajui MARA ke arah kecemerlangan di persada dunia.

  Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan,menggalakkan,memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Majlis Amanah Rakyat
Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan.  

RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan  Menjadi sumpah amanah suatu wawasan      

Pada detik 1966 yang menentukan  RIDA pun dikerandakan dalam sejarah  Untuk sebuah nama baru yang keramat   Majlis Amanah Rakyat   Kini 25 tahun telah berdetik   MARA mencapai kedewasaan usia   Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera  Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan    Menilai kembali keberkesanan   AMARAH dan Amanah Rakyat yang  dipahatkan.  


Permohonan jawatan kosong secara online >> Klik Sini !

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments
© Copyright 2017 Jawatan Utama di Malaysia - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE & Best free blogger templates