-->

Terkini

EKSEKUTIF JUALAN & PEMASARAN (LATIHAN)

Akademi Penulis Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat perunding dan pengendali program penulisan yang beroperasi di Wangsa Melawati. Program-program kendalian Akademi Penulis Sdn. Bhd. (Akademi Penulis) dikendalikan oleh para jurulatih yang berpengalaman melebihi 5 tahun dalam industri penerbitan buku, majalan dan bidang penulisan. Ia diadakan secara awam dan melalui agensi kerajaan dan swasta.

Akademi Penulis Sdn. Bhd. menyediakan pakej pendapatan (gaji) yang menarik termasuk:

  • bekerja 5 + 1/2 hari (cuti pada sabtu pertama dan sabtu ketiga)   
  • Kadar gaji bulanan dan komisyen menarik   
  • Latihan dalaman disediakan   
  • Socso, EPF dan bayaran untuk urusan perubatan

Kami mencari eksekutif untuk mengisi jawatan sebagai

 EKSEKUTIF JUALAN & PEMASARAN (LATIHAN)

 Deskripsi Kerja

  • Membuat perancangan jadual, aturan penceramah dan menguruskan peserta untuk program latihan anjuran Akademi Penulis Sdn. Bhd.
  • Merancang dan menguruskan strategi promosi dan jualan bagi program-program anjuran Akademi Penulis Sdn. Bhd. kepada orang awam, agensi kerajaan dan swasta
  • Membantu membangunkan dan mengemas kini bahan-bahan latihan untuk memastikan ia lebih mesra pelanggan dan praktikal

 Kelayakan

  • Mempunyai kemahiran komunikasi, pembentangan dan perancangan strategik terutama dalam pemasaran serta jualan yang baik
  • Mempunyai pengetahuan dan pendedahan dalam bidang pembangunan dan pengembangan latihan
  • Mempunyai kemahiran kepimpinan dan penyelesaian masalah
  • Mempunyai pengalaman menjadi pemimpin mahasiswa di institusi pengajian tinggi mempunyai kelebihan 
  • Mempunyai diploma ataupun ijazah dalam apa sahaja bidang (graduan pentadbiran perniagaan, pemasaran dan pengajian media mempunyai kelebihan)
  • Mampu mengendalikan kerja dengan baik dan tahan menerima tekanan
  • Mempunyai lesen kenderaan dan memiliki kenderaan (sekurang-kurangnya motosikal)
  • Graduan baru digalakkan memohon

Kepada yang berminat sila kirimkan resume kepada

Akademi Penulis Sdn. Bhd.

9-2 Jalan Wangsa Setia 3

Wangsa Melawati

53300 Kuala Lumpur

MALAYSIA

 ataupun kirimkan faks kepada 0341493560 ataupun emailkan kepada  group@fauzulnaim.com ataupun hubungi talian 0341492560

 TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 Februari 2011

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments
© Copyright 2017 Jawatan Utama di Malaysia - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE & Best free blogger templates