FN EDUCATION GROUP (Fauzul Na'im Sdn. Bhd.) sebuah syarikat perunding latihan dan motivasi yang berpusat di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Kami menfokuskan bisnes kami mengendalikan dan menguruskan program-program latihan dalam bidang penulisan, protokol dan keusahawanan melalui anak-anak syarikat milik penuh kami. Program kendalian kami dibahagikan kepada dua jenis iaitu program latihan dalaman yang ditawarkan kepada agensi kerajaan dan swasta juga program-program latihan ditawarkan secara umum. Program latihan umum kami diadakan di pusat latihan kami di Wangsa Melawati. Sehingga sekarang sudah lebih daripada 3,000 peserta dan 300 organisasi yang mendapat manfaat daripada program anjuran kami di dalam dan luar negara.
Kami mencari calon bagi mengisi jawatan penting berikut:
PENGURUS/EKSEKUTIF KANAN JUALAN & PEMASARAN PROGRAM LATIHAN
Tanggung jawab dan peranan:
- Mereview sasaran dan objektif strategi secara berkala, memantau dan meneliti perkembangan setiap perancangan.
- Mengurus gerak kerja harian segala aspek operasi berkaitan bisnes perundingan dan latihan.
- Menyelia perkhidmatan rundingan dan latihan, bertanggungjawab untuk peningkatan prestasi organisasi dan ahli pasukan.
- Merancang, mengurus dan mentadbir urusan projek latihan dan perundingan mengikut masa ditetapkan bagi memastikan:
- Para jurulatih bersedia sepenuhnya dan peralatan latihan bersedia untuk masa program.
- Tempat program sudah sedia ditempah dan segala peralatan multimedia juga bersedia untuk hari program.
- Pendaftaran program sudah dilakukan dengan sempurna.
- Mengenalpasti kaedah untuk memperkasa dan menaiktaraf perkhidmatan perundingan dan latihan serta mencadangkan perancangan untuk implementasi.
- Memantau bajet setiap unit dan mengurus dengan:
- Meneliti setiap laporan kewangan ahli perjam mengikut mingguan.
- Memastikan ketepatan proses invois dan memantau hutang.
- Membuat pemantauan terhadap pelanggan bagi mengelak hutang lapuk.
- Mengatur dan mengkoordinasi mesyuarat profesional dengan para jurulatih dan pakar terbabit bagi membangunkan program latihan baru di samping memperkasa program lama mengikut keperluan. Di samping itu membangunkan kerjasama dengan para pakar antarabangsa sebagai rakan kongsi strategik.
- Mengemaskini pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah secara laporan bertulis.
- Melaksanakan perancangan jualan dan pemasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan di kalangan korporat dan agensi kerajaan.
- Mengurus hubungan dan jaringan dengan pelanggan sedia ada dan pelanggan menjadi prospek masa hadapan dengan:
- Membuat rekod semua pelanggan sedia ada dan pelanggan berpotensi.
- Membina dan membangunkan hubungan baik dengan meningkatkan rasa puas hati pelanggan.
Kebolehan dan kemahiran:
- Mempunyai berfikiran strategik dan berwawasan
- Berkepemimpinan
- Orientasi berkembang dan keuntungan
- Menyelesaikan masalah
- Berfikiran analitik
- Bergerak untuk kepuasan pelanggan
- Pengurusan projek
- Orientasi bisnes
Perwatakan:
- Berkomitmen
- Mempunyai keupayaan untuk memotivasi dan menginspirasikan orang lain
- Kualiti perkhidmatan berasaskan pelanggan
- Kreatif dan analitikal
Jawatan ini terbuka kepada semua pemegang diploma dan ijazah dalam apa sahaja bidang yang bersesuaian dengan jawatan ditawarkan. Individu dengan pengalaman kerja dalam bidang latihan dan perundingan mempunyai kelebihan. Para graduan baru amat digalakkan memohon. Sebarang permohonan boleh dibuat kepada
FAUZUL NA'IM SDN. BHD.
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03 4149 2560
Faks: 03 4149 3560
ataupun emel kepada group@fauzulnaim.com
Permohonan perlu sampai kepada kami sebelum ataupun pada 15 Jun 2011. Pihak kami menunggu Tuan/Puan yang berkualiti tinggi untuk menyertai pasukan kami.
-- FN Education Group
www.fnedugroup.com
(Fauzul Na'im Sdn. Bhd. (842439-K))
9-1 & 9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: (+6) 03 4149 2560 Fax: (+6) 03 4149 3560 E-mail: latihan@fauzulnaim.com Pegawai Perhubungan Syarikat:Saudara Mohd Arif Juhani Abdul Rahman, Penolong Pengurus Unit Latihan Korporat & Perkhidmatan Penerbitan: (+6) 013 504 5377
Saudari Nur Atiqah Abdul Rahman, Penolong Pengurus Unit Latihan Umum & Kerjasama Strategik: (+6) 012 962 8698
Our Subsidiaries:
- Akademi Penulis Sdn. Bhd. (www.akademipenulis.com)
- Akademi Usahawan Jaya Sdn. Bhd. (www.akademiusahawan.com.my)
- Akademi Protokol Sdn. Bhd. (www.akademiprotokol.com)
************************************************
Facebook Akademi Penulis: www.facebook.com/akademipenulis
Facebook Akademi Usahawan: www.facebook.com/akademiusahawan
Facebook Akademi Protokol: www.facebook.com/akademiprotokol
Twitter: www.twitter.com/akademipenulis
Twitter: www.twitter.com/akademiusahawan
Twitter: www.twitter.com/akademiprotokol
***********************************************