-->

Terkini

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)



About Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).
 
Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Putra Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. 
 
Perintah Kolej Universiti Terengganu (Perbadanan) 1999 (PUA 292) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Julai 1999. KUT adalah Kampus bersekutu UPM dan pelajar akan dikurniakan ijazah dari UPM. KUT telah diberi kuasa autonomi sebagai Kolej Universiti Terengganu pada 1 Mei 2001. Pada 1 Julai 2001 KUT dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dengan singkatan KUSTEM. 
 
Bermula pada 1 Februari 2007 bersamaan 13 Muharam 1428 H, tercipta satu lagi sejarah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam usaha mengukuhkan kedudukan IPTA Negara, enam buah Kolej Universiti telah melalui penjenamaan semula kolej-kolej universiti. Kini KUSTEM di kenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

...continue reading on website

Position Available

  • Academics
  • Administration
  • Non Academics



How to Apply


1. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem ini. 2. Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini
3. Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang lalu dinasihatkan untuk mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
4. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5. Untuk jawatan bukan akademik, calon-calon tidak perlu mengemukakan sebarang salinan dokumen kepada kami selepas mengisi secara ONLINE. Pihak kami akan menghubungi calon-calon yang disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja untuk tindakan selanjutnya.
6. Untuk jawatan akademik, selepas mengisi secara online, calon perlu mengemukakan dua (2) Laporan Pengadil bagi setiap permohonan dan ia perlu dihantar bersama-sama dengan cetakan maklumat secara online dan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan benar :-.
(a) Kad Pengenalan/Pasport;
(b) Sijil-sijil Akademik (SPM/Sarjana Muda/Sarjana/PhD) termasuk transkrip penuh peperiksaan;
(c) Surat pengiktirafan JPA (sekiranya memiliki ijazah dari luar negara atau institusi pengajian swasta)
(d) Sijil-sijil Ko-Kurikulum;
(e) Salinan Rekod Perkhidmatan yang terkini (Penjawat Awam);
(f) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini (Penjawat Awam);
(g) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada Majikan (Swasta);
(h) Salinan slip gaji terakhir;
(i) Biodata lengkap (CV) yang mengandungi senarai aktiviti pengajaran, penyelidikan, contoh-contoh penerbitan dan perundingan.
7. Sila nyatakan jawatan yang dimohon dan fakulti dipenjuru kiri muka hadapan sampul surat dan kemukakan semua dokumen tersebut (untuk jawatan akademik sahaja) kepada alamat Pejabat Pendaftar UMT seperti alamat tertera di bawah.

Alamat Pejabat Pendaftar, UMT:


PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
ARAS 1, BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p. SEKSYEN PERJAWATAN)

Sila hubungi Seksyen Perjawatan di alamat e-mel perjawatan@umt.edu.my untuk keterangan lanjut.
 
Apply Job


Contact


Pejabat Komunikasi Korporat (PKK)
Pejabat Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA

Tel : +609-6684391
Faks : +609-6684390
Emel : pro[at]umt.edu.my

 or visit Universiti Malaysia Terengganu (UMT) website for further information.


Others 

Find out more jobs only visit oh Career! - The unix Job Search Engine.

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments
© Copyright 2017 Jawatan Utama di Malaysia - All Rights Reserved - Created By BLAGIOKE & Best free blogger templates